ReSpeKs Group
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Berkesan

2 posters

Go down

Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Berkesan Empty Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Berkesan

Post  halismy Thu Nov 05, 2009 12:54 pm

Author: Evi Yulianti


Menjadi ibu bapa kepada anak-anak yang amat kita sayangi adalah membanggakan diri kita, sesetengah orang mengatakan bahawa anak-anak mencerminkan ibu bapa. Oleh itu, kebanyakan ibu bapa yang tahu, mereka inginkan anak-anak mereka menjadi seorang anak yang baik dan menyayangi ibu bapa mereka. Dengan tanggapan sebegini, ibu bapa seharusnya menjadi ibu bapa yang berkesan, maksud berkesan di sini ialah seseorang ibu bapa itu seharusnya mengetahui apa yang terbaik bagi anak-anaknya.

Di sini digariskan beberapa panduan menjadi ibu bapa yang berkesan:

1. Mengenali anak anda, sama ada dia seorang pemalu. Melayan anak anda mengikut perwatakan dirinya, tidak memaksa anak-anak dengan sifat-sifat tertentu.
2. Memberi penghargaan terhadap apa yang dilakukan oleh anak-anak. Perkara kecil sekalipun jika dia dapat melakukan dengan baik, jangan bertangguh memberi ganjaran dan pujian.
3. Kanak-kanak seharusnya terlibat dalam aktiviti-aktiviti keluarga dan membuat keputusan. Ibu bapa harus menyesuaikan aktiviti yang bersesuaian dengan umur anak. Sebagai contoh, membincangkan percutian bersama dan memberi anak-anak kerja-kerja rutin yang sederhana seperti melipat lampin/napkin .
4. Menyediakan satu peluang untuk lebih rapat dengan anak-anak. Jika berpeluang menonton televisyen bersama, gunakan masa tersebut untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada mereka.
5. Menyediakan satu masa yang istimewa untuk bersendirian dengan anak-anak seperti menagambil mereka sewaktu pulang dari sekolah.
6. Ibu bapa juga perlu mendisiplinkan anak-anak mereka, walaubagaimanapun, ibu bapa seharusnya memberi contoh disiplin yang sepatutnya dan tidak menggunakan teknik disiplin yang tidak sesuai seperti dendaan yang melampau.
7. Memberi contoh yang baik kepada anak-anak kerana mereka akan meniru apa yang ibu bapa mereka lakukan. Sebagai contoh "jika kita mahukan anak-anak gembira, kita juga mesti bergembira. Jika tidak mahu seorang anak dengan autisme, kita kadang-kadang juga perlu berleter"
8. Menyatakan kasih sayang anda kepada anak-anak dengan mengusap, memeluk dan mencium mereka kerana ini penting untuk proses perkembangan emosi mereka.
9. "anda boleh juga memberi satu mesej pendek yang berbunyi ‘ibu sayang kamu' atau memberi gambar-gambar bunga dengan mesej 'bunga-bunga untuk anak ibu',"
10. Komunikasi yang penuh perhatian kepada anak-anak adalah penting. Hubungan mata mempunyai pengaruh yang besar semasa berkomunikasi, jangan berteriak untuk memberi arahan atau menyuruh membuat sesuatu, ia tidak akan berkesan.
11. Jangan biarkan anda menyelesaikan masalah apabila dalam keadaan marah. Kata-kata anda mungkin akan menyinggung perasaan anak-anak dan memberi gambaran yang tidak baik. Harus diingatkan bahawa ibu bapa adalah model kepada anak-anak.

Semoga panduan menjadi ibu bapa berkesan di atas dapat membantu anak-anak kita menjadi lebih baik.


Sumber versi asal rujuk website di bawah:
http://psychologyzone.blogspot.com/2009/10/tips-to-be-effective-paren.html


Last edited by halismy on Fri Nov 06, 2009 4:26 pm; edited 6 times in total
halismy
halismy

Posts : 165
Join date : 2009-11-01

Back to top Go down

Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Berkesan Empty good tips..

Post  rusaida Thu Nov 05, 2009 3:36 pm

a very good and useful tips for parents..hope they cam make use of it..

Halismy>translate la ko bahsa kito..ramai hok tak paham bhs penjajah nih.. Laughing

rusaida

Posts : 38
Join date : 2009-11-02

Back to top Go down

Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Berkesan Empty Re: Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Berkesan

Post  halismy Thu Nov 05, 2009 3:48 pm

rusaida wrote:a very good and useful tips for parents..hope they cam make use of it..

Halismy>translate la ko bahsa kito..ramai hok tak paham bhs penjajah nih.. Laughing

orait2....nanti kuar r versi nayu plak..... study study study
halismy
halismy

Posts : 165
Join date : 2009-11-01

Back to top Go down

Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Berkesan Empty Re: Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Berkesan

Post  halismy Tue Nov 10, 2009 10:08 am

halismy wrote:
rusaida wrote:a very good and useful tips for parents..hope they cam make use of it..

Halismy>translate la ko bahsa kito..ramai hok tak paham bhs penjajah nih.. Laughing

orait2....nanti kuar r versi nayu plak..... study study study

entah betul ker tidak translate nie.......kalu x fhm , aku pun x fhm juga, cuma diubahsuai mengikut fahaman dan budaya kia... versi asal tu omputih indones.... Laughing Laughing Laughing study study study
halismy
halismy

Posts : 165
Join date : 2009-11-01

Back to top Go down

Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Berkesan Empty Re: Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Berkesan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum